Tunas Taqwa Fun Club

Because there is so much to learn and see, for true believers we must be ^_^

Tunastaqwa

Join the moderators team today!



Salam alaik

Tunas Taqwa Fun Club (TTFC) merupakan sebuah laman web yang masih 'baby' dari segi umur tetapi berazam untuk berkembang pesat dalam usaha untuk menyediakan sebuah platform yang islamik dan interaktif untuk semua pengunjungnya tidak kira ahli mahupun pelawat

Alhamdulillah kami sudahpun mempunyai satu 'team' moderators yang berdedikasi dan bercita-cita tinggi dari pelbagai latar belakang yang sudahpun banyak menyumbang kepada perkembangan pantas TTFC.Untuk memantap dan mengembangkan lagi laman TTFC kami dengan sukacitanya menjemput anda-di mana jua anda berada(Malaysia/Luar Negara)- yang berminat untuk menyertai kami dalam team TTFC.

Jika anda berminat tetapi merasakan tidak mampu untuk memberikan komitmen 'sepenuhnya',jangan risau.Setakat ini hampir semua moderators TTFC adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara terutamanya UK dan sebagai pelajar, sudah tentu kami mempunyai pelbagai tanggungjawab lain.Itulah sebabnya kami berazam membesarkan lagi  Team Mod TTFC di mana beberapa mods akan in charge dalam satu aspek (contohnya update cerita/forum) jadi jika seorang 'busy' dsb maka akan ada mod2 yang lain untuk 'back up'.

Ciri-ciri umum orang yang kami cari:

1)Berazam mendapatkan pahala yang insya allah berterusan atas nama dakwah dan pembentukan generasi Muslim muda yang mengasimilasikan  Islam sebagai cara hidup

2)Mempunyai akses kepada 'internet connection' yang memuaskan

Ciri-ciri spesifik jawatan yang kami perlukan:

1.  

 2.       Parenting section mod

-          Mencari bahan-bahan seperti artikel mengenai ilmu keibu bapaan terutamanya daripada perspektif Islam (dalam English atau BM)

 

3.       Video mod

-          Mencari video2 yang Islamik, educational,dan menghiburkan yang sesuai untuk kanak-kanak dan adik-adik kita (dalam English atau BM)

 

4.       Graphical team

-          Mereka design kreatif untuk general graphic, Friendster/Facebook  testi, TTFC wallpaper,banner, dsb

 

5.       Nasyid section mod (section baru)

-          Mengupload pelbagai lagu  nasyid untuk halwa telinga di TTFC


Comic section (section baru)
        
           -      Melukis dan upload komik komik atau kartun-kartun yang berunsurkan islam dan pengajaran terutamanya yang boleh difahami oleh adik-adik

Ciri-ciri bonus:

1)Mahir dalam diplomasi dan promosi-mempromosikan TTFC di blog-blog dan laman-laman lain

2)Mahir dalam pembangunan dan mantainance laman web

3)Banyak duit untuk didermakan kepada TTFC(kiddin :P)

Jika anda berminat sila hantarkan maklumat ringkas berkenaan diri anda yang at least merangkumi:

Nama:
Umur:
Nickname di TTFC (jika sudah mendaftar):
Tempat belajar/bekerja:
Kelebihan:
'Specific role' dalam TTFC yang ingin dipohon(jika ada):


Jika berminat, sila hantarkan maklumat anda kepada Chief Moderator, Saudara Asyraf (uniasy@yahoo.com) atau Saudari Syahirah Hanim (syahirah86_ismaz@yahoo.com).

We're looking forward to see you joining us Insya allah.

Yang Mengalu-Alukan:


Team Moderator TTFC
1. Mohammad Asyraf

2. Syahirah Hanim

3. Fatihah Othman

4. Mohd Ariff

5. Wan Nor Sitah

6. Nur Nabilah Muhaimin

7. Sakeena Zahidah

8. Hijaz Ridzwan

9. Siti Nur Azani

10. Nurul Elyani

11. Aliyah Natasya

12. Ferdaus Tahar

13. Fatin

14. Huda

15. Syamimie

16. Sara

17. Nurasyiqeen

Last updated by Tunastaqwa Jun 17.

About

Tunastaqwa Tunastaqwa created this social network on Ning.

© 2009   Created by Tunastaqwa on Ning.   Create Your Own Social Network

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!