Salam ukhwah,
Welcome to Tunas Taqwa Fun Club (TTFC)!
Kami team TTFC ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi menyertai family TTFC. Semoga kehadiran dan sumbangan anda dapat menambahkan lagi kemeriahan dan warna warni TTFC.
Dalam mengalu-alukan kehadiran anda izinkan kami berkongsi kepada anda mengenai keunikan objektif TTFC berbanding laman-laman web yang lain :)
TTFC ditubuhkan dengan objektif untuk:
A) Menjadi sebuah laman web Islamik yang menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti interaktif bagi ANAK-ANAK dan ADIK-ADIK kita yang diharapkan dapat menyumbang kepada penambahan iman, pengetahuan, intelek, cara berfikir, dan perkembangan emosi mereka.
Dalam hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah ada mengatakan bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu-bapanya lah yang menjadikannya sebagai orang Yahudi, Nasrani atau Majusi. Atas kesedaran inilah TTFC berhasrat untuk menjadi warna warna Islamik yang boleh dipilih oleh ibu bapa, abang-abang, dan kakak kakak untuk diwarnakan kepada anak anak dan adik adik kita dengan harapan agar pengetahuan, pemikiran, akhlak, dan emosi mereka dibentuk mengikut acuan Islam sebanyak yang boleh, dan itu tidak bermakna ianya perlu dilakukan dengan cara yang membosankan! Explore laman kami dan anda akan faham mengapa kami memberi nama “FUN CLUB” kepada TTFC :)
Objektif kedua yang kami ingin kongsi bersama anda ialah:
B) Untuk menjadi platform kepada IBU BAPA dan BAKAL IBU BAPA dan ABANG-ABANG dan KAKAK KAKAK, PELAJAR mahupun REMAJA atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyumbang untuk berbincang, menghantar artikel, gambar, video, cerita atau apa sahaja yang dirasakan relevan dengan objektif dan tema TTFC.
Atas dasar inilah kami berharap segala bahan-bahan daripada profil pic mahupun video serta gambar2 yang diupload dapat menepati tema kanak kanak dan keibubapaan kami. Kami sedar kumpulan PELAJAR merupakan antara kumpulan terbesar so far dalam TTFC maka walaupun kami menekankan tema kanak-kanak dan ibu bapa sumbangan/idea/komen/ anda semua sangat sangat dialu-alukan (diperlukan actually ;)
Sebelum kami meminta diri, izinkan kami berkongsi fakta dengan anda semua bahawa usia TTFC adalah masih ‘baby’ lagi iaitu tidak sampai dua bulan. Maka berbesar hatilah bagi kami dan warga TTFC yang lain sekiranya anda sudi mengajak family dan kenalan anda yang lain untuk turut menyertai warga TTFC. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menggunakan tab ‘Invite’ di ‘Main Page’ yang mana dengan beberapa klik sahaja anda akan dapat mengajak kawan-kawan anda join. Semoga usaha kecil anda itu dibalas besar oleh Allah SWT kelak.
Akhir kata, harap anda semua tidak kira siapa berasa seronok menjadi sebahagian daripada keluarga TTFC.Segala cadangan/komen/idea dsb bolehlah disuarakan di bahagian Guest Book kami.
Salam 'alaik
Yang Mengalu-alukan,
Tahun 4, Fakulti Perubatan,
University of Nottingham,UK
Founder dan Ketua Moderator TTFC
Final Year, Bachelor of Science w Education
Universiti Malaya, Malaysia
TTFC Moderato-organizer
Tahun 4, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
University of Nottingham,UK
TTFC Technical Director
O Level, Bishop Gore Comprehensive School,
Swansea,UK
TTFC Moderator, Stories Specialist
2nd Year Medicine,
University College of Dublin, Ireland
TTFC Moderator
2nd Year Pharmacy,
University of Nottingham, UK
TTFC Moderator
First year, Global Business
University of Preston, UK
TTFC Promotional Manager
Tahun 1, Kejuruteraan Kimia
University of Loughborough, UK
TTFC Forum Moderator
Last updated by Tunastaqwa Apr 5.
© 2009 Created by Tunastaqwa on Ning. Create Your Own Social Network