Assalamualaikum adik-adik,
‘It is not the mountain that we conquer, but ourselves’
[Edmund Hillary]
Dalam melalui hari-hari dalam hidup kita, kita akan menemukan pelbagai peristiwa, ujian, kesusahan dan kesulitan. Sebagai seorang Islam, kita meyakini bahawa Allah mahu menjadikan kita seorang yang lebih baik. Ibarat sebutir mutiara di lautan, ia melalui proses yang amat lama sebelum berubah menjadi sebutir mutiara yang bersinar.
Adik-adik, untuk menjadi mutiara yang bersinar itu, ia memerlukan kita untuk sentiasa pandang ke hadapan dan tabah menghadapi setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita. Kakak-kakak dan abang-abang berdoa dan berharap agar adik-adik sentiasa berusaha menjadi permata-permata Islam yang bersinar.
Moga ceria-ceria selalu. Gunakan peluang yang ada di depan mata untuk lebih maju ke hadapan. Moga berjaya dalam apa jua yang dilakukan!
sekian,
Ummu Atikah Adnan
University of St Mark& St John, Plymouth, UK


